Monday, 19 March 2012

PENGGAL KEDUA PERSEKOLAHAN 2012

Hari ini adalah hari pertama untuk penggal ke 2 persekolahan.... Yang pastinya banyak benda yang berlaku disepanjang cuti penggal pertama persekolahan dan awal persekolahan penggal ke 2.... Semuga kami akan terus tabah untuk mengharungi hidup ini.

Semalam Yasmin telah balik semula ke MRSM dan ahli keluarga kami tinggal 5 org semula...  Tercapailah impian Yasmin untuk join Mara Junior Science College.  Ibu harap Kak Min gembira menjalani hari-hari Kak Min disamping kawan2.  Jadilah seorg pelajar yang mempunyai semangat yang jitu dan yang tidak mudah patah semangat.  Ketepikan segala perkara2 yang remeh yang boleh membunuh cita2 dan kejituan diri kita.

Ibu percaya Kak Min seorang anak yang kuat semangat dan mempunyai cita-cita yang tinggi serta independent.  Ibu dan ayah sentiasa mendoakan keselamatan, kesihatan dan kejayaan Kak Min.

Sesungguhnya ibu berbangga mempunyai anak seperti Kak Min yang mempunyai jati diri dan sanggup mengharungi dan bersemangat untuk setiap apa yang Kak Min laku kan.

Teruskan Usaha, Sayang!

Friday, 9 December 2011

QURBAN TERINDAH

Zulhijjah telah lama meninggal kan kita dan sekarang kita telah berada di tahun baru 1433 Hijrah.  Syawal dan Zulkaedah adalah bulan2 yang sibuk.  Sibuk dgn exam.  Zulhijjah baru dpt tarik nafas sikit... dan masih meneruskan / menunaikan permintaan customer untuk cupcakes.  Actually itulah main business Dessert Paradise (DP)buat masa ini.  Hope dgn datangnya tahun 1433 ni DP dapat lagi mengembangkan businessnya dgn order2 dari ramai customer.

Ku rasakan Qurban 1432 H adalah kurban terindah buat ku.... Lama dah tak menikmati keindahan pagi 10 zulhijjah bersama keluarga, ayah, mak dan adik beradik.  Barulah dapat menikmati ketupat , kuah lodeh dan rendang yang dah lama tak dapat.... Memang sedap!

Dan kemeriahan 10 Zulhijjah 1432 ini ditambah pula dgn Qurban yang dilakukan oleh ayah dan org2 kampung.....

                 Dengan lafaz "Bismillah.......................


Kemeriahan 10 Zulhijjah amat bermakna apabila pada sebelah malamnya kami adik beradik dapat berkonvoi ke Batu Pahat untuk menziarahi ibu saudara yang kurang sihat kerana operation.

Walaupun agak letih melayan tetamu pada siang hari kerana Qurban di buat di rumah kami, tapi kami tetap gembira kerana dapat berkumpul adik beradik.....

Semuga ikatan persaudaraan kami berpanjangan dan erat sentiasa.




Wednesday, 2 November 2011

BERSUA KEMBALI....

Lama dah tak menulis di blog ni.... last menulis pada bulan July iaitu sebelum puasa.  Sibuk dengan bulan Ramadhan dan masa dekat nak raya ada order choc moist cake from customer.  Itulah agak sibuk sikit.  2 minggu lepas raya, sibuk menghadap Yasmin UPSR, berkampung di sekolahnya 3 hari untuk sama2 dengan parents lain solat dhuha, baca yassin dan memberi sokongan moral kepada Yasmin.

Habis UPSR 15/09/2011, sibuk pula dengan Azamuddin nak PMR, sama2 memantau Azamuddin mengulangkaji dan tuition.  Aktiviti cupcake stop buat sementara waktu kerana nak tumpukan perhatian kepada mereka.   Awal October sehingga akhir October, sibuk dengan tetamu datang pada hujung minggu dan ada training.   Sekarang ni barulah free sikit dan kepala ni agak ringan sedikit.... cuma sekarang Ameera, Yasmin dan Amin sedang menghadapi final exam.  Semuga mereka mendapat kejayaan yang cemerlang.

Exam untuk anak2 tidak berakhir disini, akan disambung lagi pada pertengahan bulan Nov dan pertengahan bulan dec untuk sekolah agama pula..... Tahun 2011 ni memang TAHUN EXAM......

Semuga berjaya!! Amin..........

Wednesday, 20 July 2011

TRIFFLE

The easiest dessert... Thank you to Sue, I love it so much, so as my children and my other half.  Just imagine, guest otw to my house, I quickly gathered all the ingredients and start doing it... put in the fridge... Then, when guest arrived our house, it just so nice to serve...

I have been making it for so many times, for customers, parties, birthdays, saja makan2 kat rumah, etc.. My boy, Muhammad Azamuddin is the person who like it very much..

I also can remember when the day, Aida called me to order TRIFFLE.  Infact she was my first customer to order TRIFFLE.  Until now, I still receiving orders for TRIFFLE.

Below some photos untuk jamu2 mata or rehat2 kan mata tengok colorful dessert.....






                                              this one for Amin to bring to his Class party


                                                this is my first truffle




                                           this triffle specially made for our guests during hari raya 2010

I hope that from time to time I akan dapat resepi2 baru or mencipta resepi baru for dessert, which is base dia adalah custard & evaporated milk... sbb dua bahan ni adalah gandingan yang mantop....

For all my customers, thanks for your support.

Tuesday, 19 July 2011

KEK KUKUS LAPIS COKLAT

Resepi ni dapat kat Kongsi Resepi / My Resepi.  Tak mengambil masa lama sangat untuk merealisikan kek ni, sbb tgk je tajuk dia, rasa macam sedapnya kek ni... Dan teringat kek lapis sarawak yang ada lapis cadbury harganya boleh tahan mahal jugak....

So, dari hari ke hari mengumpullah bahan2nya.  Sebab kita ni kerja kan, so kena kumpul bahan2 slowly.. bila pergi kedai,nampak butter beli, then pergi kedai lain nampak coklat cadbury murah, beli... Bila dah cukup bahan2 barulah try buat.....

Dengan confidentnya... dlm hati berkata2.. no problem untuk jadikan adunan ni kpd 6 layers... Setelah adunan siap, letak color... layer punya layer............... sampai lapis yang ke 5...... Waduhhhh... nape batter dia mcm tak dpt nak coverkan the whole of the chocolates yang dah disusun tu... As a result... layer yang akhir tu, memang terlampau seni jadinya...nak kata nipis, tak nak kata tebal lagi lah tak... kira transparent la gitu... 

Inilah rupa kek nya  :-


                                                          KEK KUKUS LAPIS CEKELAT....

Tapi saya happy lah ... sbb masa 'sessi food testing' tu... ada beberapa tetamu yang kebetulan datang...DAN saya dah pun dapat order untuk hari raya.... Hopefully saya dapat buat kek ni dgn penuh 'kesenian'...

                                                  
                                        
                                         
                                    

                                        
                                                  

Bekas Cupcake: Join us!

Bekas Cupcake: Join us!: "Hi guys, here we are also offering you an opportunity to earn extra pocket money. Kami juga memberikan peluang untuk anda menambahkan..."

Monday, 11 July 2011

LABU OH, LABU.....

Hari Sabtu yang lepas adalah hari copot bagiku....

Dari awal pagi, sampai nak tutup mata, kerja bertali arus.... mcm2 kena buat...

Pagi, selepas hantar anak2 yang ada class, we straight away went to the market to buy stok lauk pauk untuk seminggu... Kebelakangan ni, ikan mcm tak berapa nak meriah sangat kat pasar... Tapi this week better compared a few weeks before.  Selepas memilih ikan2 yang berpatutan dan yang berkenanan di hati, we dropped by for breakfast, which was 'sup kaki lembu'.. lama jugak tak pekena sup ni............. Boleh lah you all jamu mata tengok camne rupa Sup Kaki Lembu ni... Sup ni dimakan bersama dgn nasi impit... Nak makan kosong pun boleh...

                                               SUP KAKI LEMBU BERSAMA NASI IMPIT

After we had our sup kaki lembu, we straight away balik rumah. Otw dah, tanya dgn my the other half nak masak apa... So, dia kata hari ni, masak ikan parang masak asam pedas bersama2 dgn telurnya sekali... Kebetulan masa beli ikan parang tadi, komain mengening lagi perut ikan tu... rupanya ada telur / fish roe... telur dia adalah dlm 3/4 in , dan ada 2 batang (betul ke, penjodoh bilangan tu....) nak kata biji bukan yek.... Dan lagi the other half nak makan labu masak lemak, which I bought last few days di kedai runcit berdekatan... sbb tgk labu tu mcm cantik gitu... isinya tebal....  Camni rupa labu nya....

                                                       LABU YANG CANTIK

Sampai je rumah, mulalah bersingsing lengan... First of all, nak kena packing kan segala ikan2 yang dibeli, so that every morning or balik kerja nak masak senang... Just amik one pack , defrost dan terus masak.... atau kalau masak belah pagi, malam tu dah keluarkan letak kat sink.... Inilah hasil tangkapan untuk minggu ini dan rezeki anak2 untuk minggu ni.... ready lah wahai ibu... menu2 yang sepatutnya...

                                
                                           sotong, ikan parang, ikan kerisi, ikan Cik Uji....


Dah settle memacking... so, boleh start masak asam pedas dan diikuti dengan masak labu masak lemak yang dah bertahun tak masak.... terlior tgk labu tu... membayangkan masak lemak pekat2 letak daun kunyit....

Inilah hasil masakanku hari SABTU, 9 July 2011

                                                                                                          
                                                Asam pedas ikan parang bersama telurnya....


Dan Yang ini pula..................

                                      
                                                                  LABU MASAK LEMAK


Habis lah labu yang half tu kena masak..... Puas hati dapat masak labu ni... esp dia punya isi tebal... best...
Camni lah routine kalau hari Saturday... Mencungap mengejarkan masa... takut anak2 dan bapaknya balik nanti makanan lum masak....