Friday 9 December 2011

QURBAN TERINDAH

Zulhijjah telah lama meninggal kan kita dan sekarang kita telah berada di tahun baru 1433 Hijrah.  Syawal dan Zulkaedah adalah bulan2 yang sibuk.  Sibuk dgn exam.  Zulhijjah baru dpt tarik nafas sikit... dan masih meneruskan / menunaikan permintaan customer untuk cupcakes.  Actually itulah main business Dessert Paradise (DP)buat masa ini.  Hope dgn datangnya tahun 1433 ni DP dapat lagi mengembangkan businessnya dgn order2 dari ramai customer.

Ku rasakan Qurban 1432 H adalah kurban terindah buat ku.... Lama dah tak menikmati keindahan pagi 10 zulhijjah bersama keluarga, ayah, mak dan adik beradik.  Barulah dapat menikmati ketupat , kuah lodeh dan rendang yang dah lama tak dapat.... Memang sedap!

Dan kemeriahan 10 Zulhijjah 1432 ini ditambah pula dgn Qurban yang dilakukan oleh ayah dan org2 kampung.....

                 Dengan lafaz "Bismillah.......................


Kemeriahan 10 Zulhijjah amat bermakna apabila pada sebelah malamnya kami adik beradik dapat berkonvoi ke Batu Pahat untuk menziarahi ibu saudara yang kurang sihat kerana operation.

Walaupun agak letih melayan tetamu pada siang hari kerana Qurban di buat di rumah kami, tapi kami tetap gembira kerana dapat berkumpul adik beradik.....

Semuga ikatan persaudaraan kami berpanjangan dan erat sentiasa.




Wednesday 2 November 2011

BERSUA KEMBALI....

Lama dah tak menulis di blog ni.... last menulis pada bulan July iaitu sebelum puasa.  Sibuk dengan bulan Ramadhan dan masa dekat nak raya ada order choc moist cake from customer.  Itulah agak sibuk sikit.  2 minggu lepas raya, sibuk menghadap Yasmin UPSR, berkampung di sekolahnya 3 hari untuk sama2 dengan parents lain solat dhuha, baca yassin dan memberi sokongan moral kepada Yasmin.

Habis UPSR 15/09/2011, sibuk pula dengan Azamuddin nak PMR, sama2 memantau Azamuddin mengulangkaji dan tuition.  Aktiviti cupcake stop buat sementara waktu kerana nak tumpukan perhatian kepada mereka.   Awal October sehingga akhir October, sibuk dengan tetamu datang pada hujung minggu dan ada training.   Sekarang ni barulah free sikit dan kepala ni agak ringan sedikit.... cuma sekarang Ameera, Yasmin dan Amin sedang menghadapi final exam.  Semuga mereka mendapat kejayaan yang cemerlang.

Exam untuk anak2 tidak berakhir disini, akan disambung lagi pada pertengahan bulan Nov dan pertengahan bulan dec untuk sekolah agama pula..... Tahun 2011 ni memang TAHUN EXAM......

Semuga berjaya!! Amin..........

Wednesday 20 July 2011

TRIFFLE

The easiest dessert... Thank you to Sue, I love it so much, so as my children and my other half.  Just imagine, guest otw to my house, I quickly gathered all the ingredients and start doing it... put in the fridge... Then, when guest arrived our house, it just so nice to serve...

I have been making it for so many times, for customers, parties, birthdays, saja makan2 kat rumah, etc.. My boy, Muhammad Azamuddin is the person who like it very much..

I also can remember when the day, Aida called me to order TRIFFLE.  Infact she was my first customer to order TRIFFLE.  Until now, I still receiving orders for TRIFFLE.

Below some photos untuk jamu2 mata or rehat2 kan mata tengok colorful dessert.....






                                              this one for Amin to bring to his Class party


                                                this is my first truffle




                                           this triffle specially made for our guests during hari raya 2010

I hope that from time to time I akan dapat resepi2 baru or mencipta resepi baru for dessert, which is base dia adalah custard & evaporated milk... sbb dua bahan ni adalah gandingan yang mantop....

For all my customers, thanks for your support.

Tuesday 19 July 2011

KEK KUKUS LAPIS COKLAT

Resepi ni dapat kat Kongsi Resepi / My Resepi.  Tak mengambil masa lama sangat untuk merealisikan kek ni, sbb tgk je tajuk dia, rasa macam sedapnya kek ni... Dan teringat kek lapis sarawak yang ada lapis cadbury harganya boleh tahan mahal jugak....

So, dari hari ke hari mengumpullah bahan2nya.  Sebab kita ni kerja kan, so kena kumpul bahan2 slowly.. bila pergi kedai,nampak butter beli, then pergi kedai lain nampak coklat cadbury murah, beli... Bila dah cukup bahan2 barulah try buat.....

Dengan confidentnya... dlm hati berkata2.. no problem untuk jadikan adunan ni kpd 6 layers... Setelah adunan siap, letak color... layer punya layer............... sampai lapis yang ke 5...... Waduhhhh... nape batter dia mcm tak dpt nak coverkan the whole of the chocolates yang dah disusun tu... As a result... layer yang akhir tu, memang terlampau seni jadinya...nak kata nipis, tak nak kata tebal lagi lah tak... kira transparent la gitu... 

Inilah rupa kek nya  :-


                                                          KEK KUKUS LAPIS CEKELAT....

Tapi saya happy lah ... sbb masa 'sessi food testing' tu... ada beberapa tetamu yang kebetulan datang...DAN saya dah pun dapat order untuk hari raya.... Hopefully saya dapat buat kek ni dgn penuh 'kesenian'...

                                                  
                                        
                                         
                                    

                                        
                                                  

Bekas Cupcake: Join us!

Bekas Cupcake: Join us!: "Hi guys, here we are also offering you an opportunity to earn extra pocket money. Kami juga memberikan peluang untuk anda menambahkan..."

Monday 11 July 2011

LABU OH, LABU.....

Hari Sabtu yang lepas adalah hari copot bagiku....

Dari awal pagi, sampai nak tutup mata, kerja bertali arus.... mcm2 kena buat...

Pagi, selepas hantar anak2 yang ada class, we straight away went to the market to buy stok lauk pauk untuk seminggu... Kebelakangan ni, ikan mcm tak berapa nak meriah sangat kat pasar... Tapi this week better compared a few weeks before.  Selepas memilih ikan2 yang berpatutan dan yang berkenanan di hati, we dropped by for breakfast, which was 'sup kaki lembu'.. lama jugak tak pekena sup ni............. Boleh lah you all jamu mata tengok camne rupa Sup Kaki Lembu ni... Sup ni dimakan bersama dgn nasi impit... Nak makan kosong pun boleh...

                                               SUP KAKI LEMBU BERSAMA NASI IMPIT

After we had our sup kaki lembu, we straight away balik rumah. Otw dah, tanya dgn my the other half nak masak apa... So, dia kata hari ni, masak ikan parang masak asam pedas bersama2 dgn telurnya sekali... Kebetulan masa beli ikan parang tadi, komain mengening lagi perut ikan tu... rupanya ada telur / fish roe... telur dia adalah dlm 3/4 in , dan ada 2 batang (betul ke, penjodoh bilangan tu....) nak kata biji bukan yek.... Dan lagi the other half nak makan labu masak lemak, which I bought last few days di kedai runcit berdekatan... sbb tgk labu tu mcm cantik gitu... isinya tebal....  Camni rupa labu nya....

                                                       LABU YANG CANTIK

Sampai je rumah, mulalah bersingsing lengan... First of all, nak kena packing kan segala ikan2 yang dibeli, so that every morning or balik kerja nak masak senang... Just amik one pack , defrost dan terus masak.... atau kalau masak belah pagi, malam tu dah keluarkan letak kat sink.... Inilah hasil tangkapan untuk minggu ini dan rezeki anak2 untuk minggu ni.... ready lah wahai ibu... menu2 yang sepatutnya...

                                
                                           sotong, ikan parang, ikan kerisi, ikan Cik Uji....


Dah settle memacking... so, boleh start masak asam pedas dan diikuti dengan masak labu masak lemak yang dah bertahun tak masak.... terlior tgk labu tu... membayangkan masak lemak pekat2 letak daun kunyit....

Inilah hasil masakanku hari SABTU, 9 July 2011

                                                                                                          
                                                Asam pedas ikan parang bersama telurnya....


Dan Yang ini pula..................

                                      
                                                                  LABU MASAK LEMAK


Habis lah labu yang half tu kena masak..... Puas hati dapat masak labu ni... esp dia punya isi tebal... best...
Camni lah routine kalau hari Saturday... Mencungap mengejarkan masa... takut anak2 dan bapaknya balik nanti makanan lum masak....
                                   


                                                       

Thursday 23 June 2011

Alhamdulillah... Syukur

This morning as usual, bangun pagi2 packing all cupcakes and choc moist cake untuk Yasmin and Ameera.  Alhamdulillah, hari ini order ada lebih sikit dari biasa.

CHOC CUPCAKES & CHOC MOIST CAKE


Hari ini juga adalah Hari Terbuka untuk sekolah agama , so we have to go out from the house before 8am to avoid long queue kat sekolah agama.  Alhamdulillah.... masa sampai kat kelas Amin, cuma ada seorg sahaja yang tengah discuss dengan ustazah, so kita tunggu kejap, dia dah settle, kita pun terus jumpa Ustazah.... Duduk je , ustazah bagi Amin's result.   I was so suprised tengok Amin's result,.......... ehh...... Ayang dapat no 1???? congrats, sayang... you've done the best!!  Suka sangat tengok Amin's progress.  Last term, Amin dapat no. 2, this time dapat no. 1... So, sekarang ni, Amin dah tuntut hadiah dari ayah... jeng jeng jeng.... siap ayah..........

Congrats.... Amin..... All the best to you... Luv you, muah muah....

Tuesday 21 June 2011

June 21, 2011

Hari ni, ada extra sikit order untuk Chocolate Cupcakes and choc moist cakes. Ameera's order ada 24 cups, Yasmin's ada 2 bekas square and 10 cups.  Felt happy sebab dapat penuhi permintaan customers. Hope my customers feel happy with the cakes, and enjoy eating it...esp choc moist cake.

So, semalam saya buat 2 adunan untuk memenuhi order ni... I started at 9pm and end up around 12 midnight.  Semua org dah tidur when I finished everything.  Eventhough I felt tired, but I'm happy, sbb cakes tu tak ada yang menyeman...

Inilah order yang dibawa untuk pagi dan tengahari ini untuk customers.....

         CHOC MOIST CAKE & CHOC CUPCAKES                                

Friday 27 May 2011

MY HOBBY, MY PASSION, MY PLEASURE, MY BIZZ....

Whatever it is, lambat ke cepat ke, dah jauh malam ke, Saya mesti buat cupcakes... Hari ini ada order dan hari ini juga last day of school for mid term...  Nanti kesian budak2 tu , teringat2 kat my choc cupcakes.

Infact, yesterday was a hectic day, but I managed to accomplished all mission.... including baking. From the office we straight away fetched all the children from school.  Then, sampai rumah, solat, tengok cerita NORA ELENA....(all of us follow cerita ni...) dinner, hantar Yasmin pergi tuition, pergi Kipmart, Tampoi beli barang-barang untuk buat cuppies sebab disposable dah habis.  Habis beli barang2 di Kipmart dah pukul 9.40pm, we straight away went to BBU and wait for Yasmin came back from tuition.

About 10.10pm we reached home, angkat semua barang2 and arranged accordingly. At 11.15pm then only I started mixing & baking.  End up baking at 12.20pm, siap kemas dan basuh segala barang2.

AND it's surprised me, when I saw Amin still tak tidur lagi.... concentrate with his drawing & coloring .  He seems so nervous and worried with his PI (Pendidikan Seni) as ayah wants him to choose one of the topic given , which is, lukis rumah.... .  Ayah dah lukis and Amin has to follow , similiar if not exactly..... Sampai pukul 1am , Amin masih tekun mewarna and at that stage, Amin dah macam tak worried sangat , as earlier.  To give him support, I accompany him, praise him, so that he feels good.  Dah siap Amin mewarna semua, barulah we all tidur.

 Hope today, Amin dapat buat PI dengan hati yang tenang and he can enjoy his coloring.

Wednesday 11 May 2011

choc cupcakes again....

Today buat cupcakes lagi....... untuk memenuhi order kawan2 Yasmin.... Seperti biasa adunan di buat untuk 45 cupcakes yg boleh ditampung oleh my cute steamer......

Choc cupcakes ni menjadi kegemaran ramai esp children kerana ingredient dia chocolate dan topping pun chocolate.... I started my baking after having dinner.  Process membaking take about 2 hours sampai siap topping.  Sometimes Yasmin bagi kat kawan2 dia as a gift. 

Thanks to Yasmin's friend yang selalu support my business.

Monday 25 April 2011

Harmony Sunday....

Eventhough, today is Sunday, but everybody in this house seem so busy with their timetable.... K Ya dah keluar pagi2 for her 'Green Run' or ' Larian Hijau', followed by Yasmin for her 8am xtra class.  Later, Azamuddin going for tuition. Last, Amin went for his Ninja practise.  My other half having breakfast with his ex-schoolmates.....

I'm alone at home.... doing all the house chores dan sambil fikir2 menu for lunch.  I decided to cook meehoon soup for our lunch.  So, before that, kena buat air stock terlebih dahulu.  Kena buat cepat2 cos' have to rush to fetch Amin at 11am.  About 45min stock water dah siap, then fetched Amin from Ninja practise, singgah Q & Q (kedai runcit favourite.....) to buy tomato & celery.  As usual Amin pun tumpang bought his fav....(vitagen)... his mission nak kumpul botol2 tu sampai about 100 bottles, so that dia boleh buat KLCC tower.  Balik rumah, my other half already at home.  Proceed to prepare meehoon soup before Yasmin & Azamuddin back from tuition.

After lunch, buat truffle...(some say triffle....) tak tahu lah mana satu.... yang pasti, tuan punya resepi bagi 'truffle' ..... so, I follow.......It takes me about 30min to make it ready, then I put it in the fridge before I proceed to check all the laundries, yang mcm gunung... Yang dah kering, angkat, yang dlm washmachine hang out as our dryer 'bercuti' buat sementara waktu,.. until further notice ...........

Best jugak dapat buat truffle today, sebab guest datang, ada benda nak hidang... kalau tidak air teh bujang je...(padahal tuan rumah dah beranak pinak....)  And , I'm very happy because all in the house like the truffle... ditambah pula si bujang rajin nak buat Sirap Bandung Soda........... So, lagi lah yum yum yum.... tambah2 dengan cuaca yang teramat panas outside.... better to stay indoor... sambil makan2 dan minum... dan lepak2, afterthat 'tertidur'

For dinner, meehoon soup again (Yasmin's request), nasi  putih & ayam paprik yang x cukup syarat sebab malas nak pergi kedai beli daun limau purut....

There, goes my Sunday.......

Good niteee....

Monday 11 April 2011

HIJRAH

Hari ini bermulalah penghijrahan kami ke BBU buat kali yg ke 2.... Penghijrahan untuk kebaikan, kesenangan dan kemudahan anak2 dan juga kami..  Wpun barang tak habis angkat lagi, tapi I felt fresh this morning, because there's no more rushing in the morning, infact sempat masak simple cooking - ikan caru masak asam limau untuk Muhammad Azamuddin.

All of us very happy to move in to BBU.... semuanya depan mata... distance from one another tak sampai 5 mins... Everybody seems very excited tambahan pula dgn rumah yang very convenient untuk kami 6 beranak.  BUT one thing for sure RIVERRIA always in my heart..... My First House... yang begitu convenient dan best, with all the facilities...  We will drop by from time to time.

Semuga ALLAH memberkati perjalanan hidup kami dan menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kami kepadaNya...Amin...

Friday 25 March 2011

HAPPY BIRTHDAY, AMIN.....

Today, 25th March adalah hari ulangtahun kelahiran Muhammad Aminuddin, our youngest... One thing for sure, kehadiran Muhammad Aminuddin banyak membawa perubahan kepada perjalanan hidup kami... From 5 of us, dah jadi 6 of us.... from one boy in the family, dah ada 2 boys, AND semestinya abang (Muhammad Azamuddin) dah ada kawan... Abang looks very excited waiting for Amin to grow up, and they can play football together.... Mereka berdua mempunyai minat yang sama, wpun abang memang selalu mengusik Amin...

Amin, after one month of his delivery, he's having extensive capilary hemangiomas on his right face and forehead. Hemangiomas are strawberry-colored "birthmarks".  They are not true birthmarks since they are mostly not seen at birth, but start in infancy and then begin to grow.  After Dr Kok confirmed us that it was hemangioma, then, he referred Muhammad Aminuddin to Prof Zulkifli Ismail (Paediatrician, HUKM).

From there, started our journey..... we have been travelling up & down to KL almost every week , and then every month, & so on... sampailah sekarang ni, twice a year...

Amin's treatment started with prednisolone 5mg, and after a week the lesion seemed to be less red and he was able to open his right eye.  Besides Prof Zul, we also see Mr Nasir (Plastic Surgeon) and Prof Muhaya (Oftalmology).  Amin responded so well to prednisolone dengan bantuan yang tidak berbelah bagi dari mak & abah (K mi & abang) setiap hari.

Amin stop his pred at age of 2.  AND today, amin telah menjangkau ke usia 8 tahun....but for us he still like a baby sebab dia yang paling kecil kat rumah tu... dan tidak ketinggalan jugak dia selalu di kacau oleh kakak2 & abang.  Dan kadang2 Amin pun suka kacau kakak dan abang..

At age of 5 Amin started his kindergarden.  Sungguh lorat, sebab menangis masa first week and first trial days tu.. After about a few weeks Amin dah boleh get along and adapt with the new enviroment, friends & teachers.

TODAY, Amin is in Year 2...and we found that Amin is very good in his study for the time being.  Hope it will last long.

Till then, Have a wonderful Birthday my dear....u're still like a baby to us...

Monday 7 March 2011

choc moist cupcakes

Choc cupcake again.... from trying the receipe, buat sikit2 perubahan untuk lebih mengancam, food testing & suddenly Yasmin come back with her list of customers.... followed by Kak Ya... then, Amin... tapi yang menambahkan happy, bila Aida called cakap nak order choc cake & truffle... bestnya... suka sangat... THERE.... start my bizz... Alhamdullilah, hubby mengizinkan dan menyokong usaha saya.  Memang suka buat bizz kecil2an since I was in school.

Sekarang, sekurang2nya 3 kali seminggu saya akan melayan perasaan di dapur comel saya untuk buat choc cupcakes... Biasanya saya akan ambil masa lebihkurang 2 jam untuk 40 pcs cupcakes... siap topping... Pagi saya akan deliver kepada customers...

Hari minggu adalah hari untuk saya bersantai sambil memikirkan resepi2 baru untuk dicuba... atau memasak / baking mengikut permintaan anak2....

Thursday 24 February 2011

Alhamdulillah.........

First of all.... Thousand TQ to my dear Cik Pah to create 'mydessertparadise'.... Semuga perjalanan dan perjuangan kita akan dipermudahkan....
Hari ini happy sangat... sebab blog dah ada... AND thank to Yang for giving full support untuk main2 dgn hobi buat cakes, cupcakes & all masak2 kat our little kitchen... Luv you so much.........
Thanks to all my customer esp anak2 kecil yang tidak jemu untuk order my choc cupcakes... To Abang, K ya, K min & Amin...... thanks for bring up this idea & for the promo.... LUV you till end of time