Wednesday 2 November 2011

BERSUA KEMBALI....

Lama dah tak menulis di blog ni.... last menulis pada bulan July iaitu sebelum puasa.  Sibuk dengan bulan Ramadhan dan masa dekat nak raya ada order choc moist cake from customer.  Itulah agak sibuk sikit.  2 minggu lepas raya, sibuk menghadap Yasmin UPSR, berkampung di sekolahnya 3 hari untuk sama2 dengan parents lain solat dhuha, baca yassin dan memberi sokongan moral kepada Yasmin.

Habis UPSR 15/09/2011, sibuk pula dengan Azamuddin nak PMR, sama2 memantau Azamuddin mengulangkaji dan tuition.  Aktiviti cupcake stop buat sementara waktu kerana nak tumpukan perhatian kepada mereka.   Awal October sehingga akhir October, sibuk dengan tetamu datang pada hujung minggu dan ada training.   Sekarang ni barulah free sikit dan kepala ni agak ringan sedikit.... cuma sekarang Ameera, Yasmin dan Amin sedang menghadapi final exam.  Semuga mereka mendapat kejayaan yang cemerlang.

Exam untuk anak2 tidak berakhir disini, akan disambung lagi pada pertengahan bulan Nov dan pertengahan bulan dec untuk sekolah agama pula..... Tahun 2011 ni memang TAHUN EXAM......

Semuga berjaya!! Amin..........

No comments: